SOALAN
SAYA ingin mendapatkan penerangan mengenai duit mas kahwin. Saya sudah berkahwin hampir setahun dan suami belum menjelaskan mas kahwin RM7,000..
Apabila saya bertanyakan soalan ini kepada suami, dia berkata duit motosikal, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, perbelanjaan berbulan madu dan lain-lain sudah melebihi RM7,000.
Saya katakan itu keperluan yang dia perlu sediakan, itu bukan mas kahwin. Kadang-kala hal ini boleh menyebabkan pergaduhan. Bolehkah Datuk jelaskan mengenai hal ini? Untuk pengetahuan Datuk, kami bernikah tanpa apa-apa majlis (hanya akad nikah).
Rasanya tidak salah jika saya menuntut hak saya kerana jika diikutkan, perbelanjaan kenduri kahwin wang sebanyak itu tidak mencukupi.
EMMA
Kedah
JAWAPAN
Mas kahwin ialah hak wanita yang perlu ditunaikan lelaki yang menikahi perempuan berkenaan. Kelonggaran yang diberi ialah ia boleh dibayar ketika akad atau diberi tempoh selepasnya (selepas akad). Kewajipan membayarnya tidak akan jatuh atau hilang walaupun suami membeli barang keperluan rumah.
Barang keperluan rumah antara nafkah yang wajib suami sediakan selepas berkahwin, sedangkan mas kahwin ialah hak wanita yang wajib diberi ketika mengambil amanah seorang isteri.
Jika isteri menghalalkan mas kahwin berkenaan, baru suami terlepas daripada membayarnya, jika tidak ia dianggap hutang yang masih wajib dilunaskan.
Memang puan tidak salah menuntut hak berkenaan, bahkan puan mengingatkan suami mengenai tanggung jawab yang dia wajib laksanakan.
hmetro online
Coretan isi hati
Sebelum apa-apa. Kena check diri dulu. Faham ke maksud Mas Kawin?. Apa beza mas kawin dengan wang hantaran. Aku dulu konfius dengan dua terms ni. Dengan bantuan beberapa orang insan yang rapat dengan aku, akhirnya berjaya memahamkan aku yang tak paham ni.
Mas kawin ni wajib dibayar/diberi oleh si laki (suami) pada si perempuan (isteri). Kalo tak bagi tu maknanya berhutang si laki dengan si isteri. Boleh diberi dalam bentuk wang atau barangan. Tujuannya untuk melambangkan kesungguhan suami pada isteri, cerminkan kasih sayang dan etc. Jumlah berapa tu, setiap negeri ada MAS KAHWIN NEGERI kadar minimumnya. Aku baca untuk perak RM101.00.
Wang hantaran pulak adat. Hadiah dari lelaki untuk si perempuan. Tak wajib. Tapi sebab sume orang buat, so dari tak payah jadi harus ada. Tujuannya untuk menunjukkan keikhlasan pihak si laki dalam membantu kos kenduri kendara. Takder kadar ditetapkan. Selamba pihak pompuan nak taruh berapa. Rm20K... Rm10k hatta RM100 pun ada.
Pengertian yang aku coret satni merupakan apa yang aku paham. Kalo salah tolong betulkan. Cuma laa ni terpikir. Tujuan Mas Kahwin untuk melambangkan kesungguhan suami pada isteri dan setiap negeri dah ditetapkan kadar minimum untuknya. Tetapi ada parents yang taruh sampai RM1001 pada bakal menantunya yang gajinya RM2k lebih je. Dia bukannya anak dato' ke tan sri ke, bukannya lawyer ke doktor ke. Pastu pulak wang hantaran pulak ikut tarikh lahir. Rm17,585. Kalau si anaknya tu lahir 30/5/85. Tak ke si laki tu kena sedia RM30,585. Si laki tu yang gaji Rm2k lebih and dia simpan sebulan RM1k lepas tolak duit keta, duit rumah, duit pinjam time blaja, duit makan & etc, brapa lama la untuk nak capai RM30k tu. Tu tak campur untuk cari yang untuk duit mas kawin tu pulak. Timbang rasa pihak perempuan tu ada skit nampak takder. Tu nak masuk poket sendiri ke atau untuk si anaknya.
Tujuannya untuk melambangkan kesungguhan suami pada isteri, cerminkan kasih sayang dan etc.
Dari apa yang aku quotekan atas ni, ye.. betul. Si laki boleh cari duit banyak tu. Tapi bila lepas kawin, and kenang balik betapa perit and payahnya nak cari duit tu.. hubungan anak mertua dgn pak mak mertua berantakan. Taknak balik raya pasal dendam. Sakit hati. Kena ikat perut untuk cari duit. Maybe siap akan cakap "Laa ni anak mu dah jadi hak aku... blablabla". Tak ke naya si pompuan (isteri). Yang letak mahai2 tu bukan si anak. Tapi mak paknya. MAK PAKNYAAA YANG SALAH!!!!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Hilang seri, hilang rasa manisnya, hati lara... kesian kawan aku sorang tu.
p/s: Pesanan kawan2, cari lain.
quoted from tuneyourlife


Mas KahWen???
|
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment